Radio FeldaFM LIVE

Senarai Lagu Keudara ...
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Khamis, 13 April 2017

Rampasan terbesar dalam lima tahun [METROTV]




Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

Ipoh: Rampasan 180,000 pil kuda bernilai lebih RM3 juta ketika serbuan di sebuah rumah di kawasan FELDA di Sungkai, Selasa lalu, adalah yang terbesar di Perak dalam tempoh lima tahun.
Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, dalam serbuan jam 2 pagi oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim itu, selain pil kuda dianggar seberat 20 kilogram, polis turut menahan dua suspek berusia 35 tahun.
Menurutnya, kedua-dua suspek bukan peneroka Felda tetapi bekerja sebagai penyelia dan peniaga.
“Ini rampasan pil kuda terbesar di Perak sejak lima tahun lalu serta polis percaya ia membabitkan sindiket.
“Polis turut menemui dadah jenis Methamphetamine atau syabu dianggar seberat 8.70 gram dipercayai untuk kegunaan sendiri oleh suspek memandangkan kedua-duanya positif dadah jenis berkenaan.
"Nilai keseluruhan rampasan ialah RM3.6 juta mengikut harga pasaran jalanan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.
Hasnan berkata, polis akan menjalankan siasatan terperinci mengenai sindiket berkenaan kerana pil kuda bukan dadah popular di Perak.
“Kami akan mengkaji kenapa dadah itu semakin banyak, sama ada permintaan semakin tinggi atau Perak dijadikan transit sebelum diedarkan ke negeri lain," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 11:22 AM

Tiada ulasan:

TUNEIN RADIO

The TuneIn station page is: http://tunein.com/radio/FeldaFM---RGWP-s287400/