Radio FeldaFM LIVE

Senarai Lagu Keudara ...
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime Web Proxy

Khamis, 13 April 2017

Rampasan terbesar dalam lima tahun [METROTV]




Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

Ipoh: Rampasan 180,000 pil kuda bernilai lebih RM3 juta ketika serbuan di sebuah rumah di kawasan FELDA di Sungkai, Selasa lalu, adalah yang terbesar di Perak dalam tempoh lima tahun.
Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, dalam serbuan jam 2 pagi oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim itu, selain pil kuda dianggar seberat 20 kilogram, polis turut menahan dua suspek berusia 35 tahun.
Menurutnya, kedua-dua suspek bukan peneroka Felda tetapi bekerja sebagai penyelia dan peniaga.
“Ini rampasan pil kuda terbesar di Perak sejak lima tahun lalu serta polis percaya ia membabitkan sindiket.
“Polis turut menemui dadah jenis Methamphetamine atau syabu dianggar seberat 8.70 gram dipercayai untuk kegunaan sendiri oleh suspek memandangkan kedua-duanya positif dadah jenis berkenaan.
"Nilai keseluruhan rampasan ialah RM3.6 juta mengikut harga pasaran jalanan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.
Hasnan berkata, polis akan menjalankan siasatan terperinci mengenai sindiket berkenaan kerana pil kuda bukan dadah popular di Perak.
“Kami akan mengkaji kenapa dadah itu semakin banyak, sama ada permintaan semakin tinggi atau Perak dijadikan transit sebelum diedarkan ke negeri lain," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 11:22 AM

MAJLIS RAMAH MESRA 2017



Rabu, 1 Mac 2017

Bekas Pengarah Besar FELDA Dan Bekas Timbalan Pengarah Besar FELDA Didakwa




UALA LUMPUR – Bekas Pengarah Besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Faizoull Ahmad, 57 dan bekas Timbalan Pengarah Besar (Sumber Strategik) FELDA, Muhammad Sufi Mahbub, 53, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen masing-masing kerana pecah amanah wang agensi itu berjumlah RM47.6 juta dan bersubahat, tiga tahun lalu.
Kedua-dua bekas pegawai kanan FELDA itu tidak mengaku bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail.
Bekas Timbalan Pengarah Besar (Sumber Strategik) FELDA, Muhammad Sufi Mahbub
Muhammad Sufi didakwa sebagai Timbalan Pengarah Besar (Sumber Strategik) telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas dana FELDA melakukan pecah amanah jenayah ke atas dana itu iaitu dengan curangnya melupuskan wang itu dengan memasuki perjanjian Technology Transfer and Supply Agreement dan Design-Build Contract Agreement dengan 12C Hassed (M) Sdn Bhd melalui FELDA Caviartive Sdn Bhd.
Dia kemudian meluluskan pembayaran masing-masing RM25,999,000 dan RM21, 625, 500 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah FELDA atau Jawatankuasa Tender FELDA.
Bekas Pengarah Besar, Datuk Faizoull Ahmad

Faizoull pula didakwa bersubahat melakukan perbuatan itu di tempat dan masa yang sama.
Kesemua pertuduhan tersebut didakwa dilakukan di Bangunan Wisma Felda Jalan Perumahan Gurney, di sini antara 13 Januari dan 23 Julai 2014.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh didenda.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM1 juta bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib manakala Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Azad Bashir masing-masing bertindak sebagai peguam Muhammad Sufi dan Faizoull.

Sumber Berita Daripada http://www.feldavoice.com

http://www.feldavoice.com/2017/03/01/bekas-pengarah-besar-felda-dan-bekas-timbalan-pengarah-besar-felda-didakwa/

Jumaat, 17 Februari 2017

Program Majlis Penghargaan Pengurus

Kami sedang keudara secara online di dalam 
program majlis penghargaan 
pengurus felda BUKIT SAGU 2,3 KUANTAN., 
Encik Johari Bin Jaafar..
di dewan wawasan felda bukit sagu 2&3 kuantan pahang...
kepada anda peminat2 dan semua pendengar yg sedang online diluarr sana,selamat mendengarkan kami 
di aplikasi Tunein android anda..
terima kasih diucapkann. 
Pada:- 17 Feb 2017 jam 9.00 Malam - 2.00 Am














TUNEIN RADIO

The TuneIn station page is: http://tunein.com/radio/FeldaFM---RGWP-s287400/